Total Pageviews

Friday, March 13, 2015

COUNTRYSIDE VIEW X COUNTRYSIDE CHICK : LOOK OF THE DAY

Banyak benda yang cantik dekat kampung kampung kan? ada hutan, sungai, kebun sayur, kebun buah, air terjun dan macam macam lagi. Itu tak termasuk kebersihan, udara yang segar sebab kurangnye pencemaran. Juga keramahan penduduk di kampung satu daripada sebab kadang kadang saya rindukan kampung saya. Kawan kawan waktu saya membesar pun kebanyakan masih di sana..Tiba tiba teringat semua kenangan waktu saya kecil dulu. Rindunya

Zaman berubah, termasuk juga saya. Jika dulunya sebagai anak hingusan, yang kecil yang tidak kenal ertinya kehidupan di bandar besar yang moden yang adanya kepelbagaian adat, budaya juga tata susilanya. Yang dahulu hanya pandai bermain sahaja, yang sekarang pandai bermain juga.. Tapi main tangkap gambar juga playing dress up.. Hihi.. Sebagai tanda saya masih merindui keadaan hidup di kampung, kini saya paparkan sedikit bagaimana keadaan kampung di Eropah. Hihi.. Cantik juga.. Walaupun tiada pokok rambutan, manggis juga kelapa hidup melata.. 

Seringkali saya ternampak kempen iklan model terkenal memperagakan jenama terkenal seperti Burberry, Gucci, Louis Vuitton, dan sebagainya di kawasan kampung di Eropah.saya juga pernah berangan mahu menjadi seperti mereka... Hahah.. Apakan daya rezeki tiada.. Hahahahaah..Berbekalkan apa yang saya ada, oleh kerana semuanya barang lama yang masih lagi tersimpan elok, juga cuaca yang sangat baik kenapa tidak saya merialisasikan angan angan tidak jadi saya dulu.. Hahaha.. Walaupun untuk seronok depan kamera sahaja.. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Benda macam ni buat saya gembira!! 

Jauh juga nak ke lokasi penggambaran.. Aiyaaaa... Penat patah kaki tau. Tapi untuk kepuasan diri sendiri kenapa tidak kita berkorban ape sahaja untuknya.. Hihihihh.. Bukan nak bertanding dengan poster iklan iklan ni semua.. tapi cuma mahu mencuba sesuatu yang lain.. asyik dekat street aja.. Kan bosan..





Pakaian yang saya kenakan kali ini sikit sebanyak kena mengena dengan cara pemakaian wanita country side di Eropah. Biasanya tradisi mereka berpakaian agak ringkas, dan tidak seksi. Mungkin disebabkan cara hidup seharian meraka yang lebih simple.Inilah yang saya ingin tonjolkan. Orange Dress separa sikit atas lutut, dipadankan dengan boots warna coklat saya, juga denim jacket!! simple kan.. Dapat dilihat perbezaan perbezaan gaya pemakaian saya kan!! Hihihi.. Hari ni lain.. Esoknya lain.. 

Jika kamu tertarik dengan kesemua pakaian yang saya kenakan kemungkinan link ini boleh membantu anda semua. Tetapi ianya tidak sama dengan yang saya pakai kerana kebanyakannya saya beli di butik di Malaysia. Maaf ya..Saya cuma mahu mencuba benda baru. You like this outfit??Mungkin link in dapat membantu kamu serba sedikit di mana boleh dapatkan pakaian yang lebih kurang sama macam saya :

Harga yang berpatutan mengikut cita rasa anda!!
Dress : newlook red-bird print skater dress €17.99
Dress : newlook dresses red butterfly print shirred waist sleeveless dress €17.99
Dress : newlook womens dresses blue bird print turn up sleeve shirred waist dress €17.99
Dress : newlook womens dresses red floral print skater dress On sale €9

Denim Jacket saya beli di Zara. Tapi boleh cuba tengok link ini..
newlook shop womens jackets blue faded ripped €29.99
zara oversized denim jacket €39.95
pullandbear denim woman jackets €29.99

Yang lain just padan suai sahaja. Tidak perlu berhabis wang beli yang baru. Hihi.. Tapi kalau nak hangbag yang sama macam saya boleh cuba pergi di midvalley Santa Barbara Polo Racquet Club sebab saya beli di kedai ini dahulu. Ataupun guna link ini untuk beli online dari Zalora zalora Animal Prints Boston Bag. Cantik sangat!! Saya suka.. Boots dari JB martin previous collection dan sama juga macam kaca mata hitam saya dari coach. Boleh beli online kalau nak guna link ini.

Picture credit to : BvdZphotography

Ok sekian!saya penat!! Bye!!